(MALAY)

 

"Assalamualaikum. Dengan sukacita saya, Hajjah Faridah Hanum Bte Haji Mohd Noor mempersembahkan buku resipi saya yang telah merupakan bahan rakaman resepi-resepi saya sejak bertahun-tahun lamanya. Sebenarnya, buku masakan ini merupakan penunaian hajat Allahyarham anak saya, Mohd Farkhan. Dari awal 2003 lagi Mohd Farkhan telah menyusulkan agar sayan menghasilkan sebuah buku resepi yang memuatkan semua resepi saya sendiri. Akan tetapi usaha ini tergendala akibat kematian Allahyarham pada tahun 2004. Saya juga berasa hampir berputus asa kerana kehilangan seorang cahaya mata yang begitu positif orangnya. Allahyarham suami saya, Ibrahim Othman, juga telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2013. Beliau amat bangga atas kemenangan saya sebagai Ratu Masakan di sebuah rancangan masakan di MediaCorp. Peraduan itu telah diadil oleh Dato' Cef Wan Ismail dan juga saudara BJ Kadir. Suami saya inilah yang telah memberikan galakan untuk saya menerbitkan buku masakan ini. Anak-anak saya Farhana dan Farzeeda serta cucu saya juga turut memberi saya galakan yang dorongan untuk menghasilkan buku ini. Dengan sokongan yang jitu daripada pelbagai pihak termasuk Persatuan Ibu-Ibu Tunggal Singapura, saya memberanikan diri untuk menghasilkan buku ini. Saya berharap buku saya ini akan mendapat sokongan daripada setiap lapisan masyarakat terutama sekali anak-anak muda generasi ini agar mereka dapat mencuba resepi turun-temurun ini. Semoga kita dapat meraih manfaat daripada buku masak ini. Terima kasih." - Chef Faridah Hanum

Resepi Masakan Singapura

S$30.00 Regular Price
S$24.00Sale Price
  • Product Info

    Written by: Chef Faridah Hanum

    Publisher: UTS

     

    Dimensions (cm): 25.5 (H) x 19.8 (W) x 0.6 (D)

  • b-facebook
  • Instagram - Black Circle

© 2017 by The Buku Bookstore Singapore