(MALAY)

Teknik ampun mengurat suami.

 

Perkahwinan adalah ikatan suci menghimpunkan dua makluk Allah SWT yang berlainan jantina. Lelaki dan perempuan saling memerlukan di antara satu sama lain. Lantas Islam mensyariatkan aqad nikah untuk menghalalkan hubungan suami isteri demi menghasilkan zuriat yang halal diberkati. Ikatan suci ini perlu dijaga dan dipupuk dengan nilai-nilai keimanan berpaksikan tauhid dan berlandaskan syariat. Jika tidak, ia akan roboh dan berputus, maka terjadilah penceraian ataupun perpisahan. Untuk menjaga hubungan perkahwinan, kedua-dua belah pihak perlu memainkan peranan masing-masing. Mereka perlu memiliki ilmu dan kemahiran yang boleh digali menerusi pembacaan dan ceramah-ceramah agama. Tanpa ilmu, manusia akan dipimpin oleh nafsu dan perasaan.

 

Buku 'Rahsia Memikat Suami' ini membekalkan beberapa tip-tip yang berguna buat para isteri khususnya. Ramai di kalangan isteri yang menyangka bahawa mereka sudah berada di zon selamat apabila sudah berkahwin serta sudah mempunyai zuriat. Layanan terhadap suami semakin pudar dan hambar. Mereka terlupa bahawa suami mereka bukanlah Nabi mahupun malaikat. Suami mereka hanyalah manusia biasa yang imannya turun naik. Justeru itu, bagi menjamin keutuhan rumah tangga, para isteri perlu mengetahui beberapa rahsia penting demi keutuhan rumahtangga mereka.

Rahsia Memikat Suami

S$14.50Price
  • Product Info

    Written by: Naylil Moena

    Publisher: Al-Hidayah

     

    Dimensions (cm): 20.5 (H) x 14 (W) x 1.2 (D)

  • b-facebook
  • Instagram - Black Circle

© 2017 by The Buku Bookstore Singapore