(MALAY)

 

Kerana yang ku rindu itu syurga yang Maha Esa

 

Macam mana kita nak 'Lari Dari Neraka' kalau kita asyik sibuk buat dosa dan mendekatinya?

 

Ya. Sebagai manusia, kita tak boleh terlepas daripada buat dosa. Serius, kita bukan macam malaikat. Malah, iman kita naik dan turun. Kalau kita ada dalam suasana yang baik, iman kita akan naik, insyaAllah. Tapi, kalau kita ada dalam suasana maksiat, iman kita akan turun.

 

"Kalau macam tu, boleh je la buat dosa? Kita kan manusia yang banyak kelemahan, bukan malaikat."

 

Eh, betulkan statement korang tu! Haa, kita memang tak terlepas daripada buat dosa, tapi tu bukan alasan untuk kita terus buat dosa. Yes aku banyak dosa. Kau banyak dosa. Orang sebelah kau pun banyak dosa.

 

Tapi, yang membezakan kita semua ialah sama ada kita terus bertaubat dan kembali semula pada Allah, atau kita sombong dan ego seolah-olah kita confirm hidup lama.

 

"Haa, kita masuk syurga bukan sebab pahala kita, tapi sebab redha Allah, kan? Apa gunanya buat banyak amal, tapi Allah tak redha? Lebih baik buat dosa je?"

 

Hmm, memang kita masuk syurga sebab redha Allah, bukan sebab pahala kita. Tapi, macam mana kita nak dapat redha Allah, kalau kita tak ada usaha langsung nak buat apa yang Allah suruh? Kita tak ada kesedaran langsung nak berubah dan buat amal kebaikan?

Lari Dari Neraka

S$19.50Price
  • Product Info

    Written by: Aizuddin Hamid

    Publisher: Tarbiah Sentap

     

    Dimensions (cm): 22.7 (H) x 15 (W) x 1 (D)

  • b-facebook
  • Instagram - Black Circle

© 2017 by The Buku Bookstore Singapore