(MALAY)

 

Henshin Muslimah 1:

"Kita manusia, iman kita naik turun.

Ketika kita iman turun, semua benda jahiliah kita nak pulun.

Namun kita sentiasa ada harapan.

Kita sentiasa ada pilihan.

Terpulang kepada diri kita sama ada pilih untuk kekal jahiliah ataupun menuju jannah."

 

Buku ini merupakan satu panduan kepada seorang betina yang mahu berhijrah menjadi seorang perempuan, atau seorang perempuan yang mahu berhijrah menjadi seorang muslimah, atau seorang muslimah yang mahu berhijrah menjadi ketua bidadari syurga, itu tidak menjadi masalah yang besar sebenarynya. Why not, right?

 

Pengisiannya adalah demi meletakkan Allah dan Rasul semata-mata sebagai hal yang utama. Kefahaman yang jelas mengenai segala sesuatu yang ada di dunia ini adalah tipu, dusta, palsu, permainan semata-mata.

 

Insya Allah buku ini serba sedikit akan membantu memudahkan perjalanan hidup yang penuh liku, terutama di atas pentas yang dihiasi dengan duri-duri fitnah.

 

Penerbitan buku ini dilihat sangat penting dan signifikan dalam menyediakan pembacaan yang bersifat mudah dan ringkas tetapi mampu difahami dengan tepat.

 

Juga dijadikan panduan kepada para "bunga-bunga" yang ingin memperbaiki diri ke arah pembinaan jati diri yang unggul agar lebih bersedia menghadapi kematian dan hari pembalasan.

 

Once again, agar lebih bersedia menghadapi kematian dan hari pembalasan. Buku ini juga sesuai buat para "kumbang-kumbang" yang mahu menghadiahkan hadiah yang tak seberapa ini kepada kakak, adik perempuan, sepupu perempuan, kawan perempuan, atau bakal orang rumah yang akan menemani perjuangan dirinya tidak kira senang mahupun susah. Mudah-mudahan ia menjadi sandaran positif dalam kehidupan beragama.

 

Akhir sekali, buku ini tidak "diharamkan" dibaca oleh kaum adam. Dan tidak pula "diwajibkan" dibaca oleh kaum hawa. It's up to you. No worries! Semoga Allah merahmati dan menunjukkan kita jalan yang lurus. Allahumma Amin.

 

Henshin Muslimah 2: Menjadi Gadis Lamaran Bahagia

Bahagia bukan percuma, harganya ialah hijrah

tinggalkan jahiliah lalu berbahagia kerananya.

 

Jalan hijrah yang sedang atau bakal kita lalui ini jauh sekali melemahkan, bahkan menguatkan masa hadapan. Percayalah.. Kita tidak akan pernah menyesal dengan jalan perubahan ini kerana Allah pun suka kita hijrahkan diri kerana DIA.

 

Samada sedang cuba-cuba berhijrah, cuba-cuba memaknai makna berhijrah, asalkan kita punya rasa ingin hijrah, kita akan ditarik ke jalan yang seronok dilalui.

 

Buat gadisku yang sedang memaknai hijrah di setiap kehidupan ini, tidakku nafi, jalan hijrah manalah yang mudah? Tidak biasa, janggal, berubah daripada landasan adalah rasa yang pasti.

 

Lama-lama kita akan rasa indah. Berubah rupanya mencantikkan lagi perjalanan hidup ini, dengan kebaikan yang bersusun-susun. Menjadikan laluan ini lebih seronok dari dulu. Sampai kita rasa tak mahu kembali ke 'zaman' dulu.

 

Tak sabar melihatmu senyum kembali, gadisku. Bahagia dengan pengetahuan dan cita rasa baru, yang diredhai-Nya.

 

Buatmu ku coretkan "Henshin Muslimah 2: Menjadi Gadis Lamaran Bahagia" sebagai tatapan dan pedoman. Ianya pendek sehaja, namun diharapkan mampu difahami, dikongsi dan dirujuk perkongsian-perkongsiannya. Duhai muslimah, gadis dan remajaku, terimalah...

- Fatin Nor Izzati, Fatin Nur Sabrina

Henshin Muslimah 1 & 2

S$37.00Price
  • Product Info

    Henshin Muslimah

    Written by: Kak Hassanah

    Publisher: Inspirasee International

     

    Dimensions (cm): 21 (H) x 14 (W) x 1.4 (D)

     

    Henshin Muslimah 2: Menjadi Gadis Lamaran Bahagia

    Written by: Fatin Nor Izzati

    Publisher: Inspirasee International


    Dimensions (cm): 22.8 (H) x 15.3 (W) x 1.2 (D)

  • b-facebook
  • Instagram - Black Circle

© 2017 by The Buku Bookstore Singapore