(MALAY)

 

Kita bertemu, kita berpisah dan kemudian bertemu semula… Adakah pertemuan sekali lagi ini akan mencipta sekali lagi perpisahan? Atau… akan menjadi titik penyatuan dua hati untuk selama-lamanya?

 

Bagi Hana Safia, pertunangan ini tak sepatutnya berlaku. Bagi Ahnaf Wafiy pula,pertunangan ini hanya kerana taatnya seorang anak. Saat cinta mula menggebu, Ariana muncul kembali membawa seribu duka dalam hidup Hani dan Ahnaf. Saat indah di mana mereka bakal diijabkabulkan, menjadi saat paling malang buat Hani bila dia ditinggalkan pergi. Selepas tiga tahun berpisah...

 

"Buat apa pulakI nak terhegeh-hegeh berbaik dengan you sedangkan you dah ada Bella dan I dah ada Adam!" - Hani

"You tak perlu ingatkan I pasal Adam. Sebab I dah jelas dengan kedudukan kita sekarang!" - Ahnaf

"Baguslah kalau you dah tahu. Lepas ni, tolong jangan tanya soalan yang berkaitan dengan 'kita'. Sebab perkataan 'kita' tu dah lama tak wujud antara you dengan I!" - Hani

 

Adakah semuanya sudah terlambat buat mereka? Tiada lagikah ruang untuk mereka menebus semula cinta yang lalu? Atau... haruskah mereka terima hakikat bahawa mereka tidak ditakdirkan untuk bersama?

Dia Semanis Honey

S$17.00Price
  • Product Info

    Written by: Dila Dyna

    Publisher: Kaki Novel

     

    Dimensions (cm): 18.5 (H) x 11.6 (W) x 3.6 (D)

  • b-facebook
  • Instagram - Black Circle

© 2017 by The Buku Bookstore Singapore