(MALAY)

 

Sebelum dirimu ada, ibu sentiasa berdoa kepada Ilahi agar kebahagiaan ibu dan ayahmu sentiasa diredhai dan agar zuriat yang diperolehi nanti, soleh dan solehah semuanya…

 

Buku Dari Lubuk Hati Ibu ini adalah luahan harapan dan nasihat daripada seorang ibu buat si buah hati yang tersayang. Para ibu dan ayah, bacalah buku ini terlebih dahulu sebelum menghadiahkannya kepada anak-anak. Kita ialah insan yang paling utama untuk menghayati segala kandungan yang terdapat di dalam buku ini. Hayatilah luahan ini. Semoga akan lahir aura dari diri kalian yang mengalir ke sanubari anak-anak kita.

 

Buat anak-anak yang menatap buku ini, anggaplah ia sebagai hadiah daripada ibu bapa kalian. Liahan yang barangkali tidak terluah dengan sempurna... tetapi inilah yang selalu terzahir pada leteran dan bebelan ibu dan ayah di rumah, bukan?

 

Sejukkanlah hati ibu dan ayah dengan personaliti anak-anak yang beriman, berilmu, dan berakhlak mulia.

Dari Lubuk Hati Ibu

S$17.90Price
  • Product Info

    Written by: Norhafizah Musa, Wan Nor Ainon Wan Abdullah

    Publisher: Telaga Biru

     

    Dimensions (cm): 20 (H) x 13.6 (W) x 1 (D)

  • b-facebook
  • Instagram - Black Circle

© 2017 by The Buku Bookstore Singapore