(MALAY)

 

Buat suadaraku yang bermasalah, berharap & ingin kembali ke pangkal jalan

 

Doa dan zikir mampu menjadi motivasi diri untuk menguatkan rohani dan jiwa. Ahli psikologi mengatakan apa yang minda kita mampu fikir, kita mampu buat. Fikiran minda itu ialah doa dan zikir. Apabila kita berdoa kita membayangkan (visualise) natijah yang ingin kita capai. Segala kekuatan lahir, pengalaman, kemahiran dan kekuatan batin daripada tenaga dalaman akan dipadukan untuk mencapai apa-apa yang dihajatkan. Apabila diketengahkan dan diamalkan dalam kehidupan seharian doa dan zikir mampu menjadi senjata yang ampuh.

 

Selain itu doa dan zikir juga perlu melalui adab dan kaifiat untuk mendatangkan kesan yang optimum. Doa dan zikir adalah suara hati. Namun jika doa dan zikir itu daripada hadis bermakna pemohon membawa suara hati Rasulullah SAW untuk memohon daripada Allah SWT. Sudah tentu impaknya lebih kuat.

 

Pada masa yang sama doa tidak pula menghalang kita daripada berusaha. Orang yang bukan Islam juga berdoa menggunakan kaedah mereka yang tersendiri. Mereka juga berjaya menempa kecemerlangan. Buku ini mendedahkan segala persoalan berkaitan doa dan zikir dalam kehidupan seharian berserta teks lengkap, adab dan motivasi untuk kita amalkan.

101 Doa Daripada Hadis-Hadis Sahih

S$21.90Price
  • Product Info

    Written by: Zahazan Mohamed

    Publisher: Telaga Biru

     

    Dimensions (cm): 21.8 (H) x 14.4 (W) x 1.8 (D)

  • b-facebook
  • Instagram - Black Circle

© 2017 by The Buku Bookstore Singapore